Saturday 17 August 2019

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2019






Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan buat 
seluruh warga SK Bukit Soga, Batu Pahat

tahniah dan syabas

Ikhlas Daripada

YB Tn Hj.  Aminolhuda Bin Hj. Hassan

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sumber Manusia,
Sains dan Teknologi

Ahli Dewan Undangan Negeri
Parit  Yaani

Sejarah Penubuhan Sekolah Melayu Bukit Soga




SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH MELAYU BUKIT SOGA




Sekolah Melayu Bukit Soga didirikan pada tahun 1921 di atas tanah lot. 4079. Sekolah ini terletak di Jalan Kluang, kira-kira 2 batu dari pusat Bandar Penggaram, Batu Pahat.

Sejarah penubuhannya bermula apabila penduduk tempatan di sekitar kawasan ini khasnya Kampung Parit Besar, Mukim V, Batu Pahat telah mengadakan permuafakatan yang diketuai oleh Ketua Kampung Tuan Haji Maskam b. Abd. Rashid untuk mendirikan sebuah sekolah untuk kepentingan anak-anak Kampung Parit Besar Batu 2, JaIan Kluang, Batu Pahat dan sekitarnya.

Dalam permuafakatan itu, beberapa cadangan telah dikemukakan, diantaranya mahukan supaya bangunan sekolah ini didirikan di Kampung Beroleh, di atas tapak tanah yang akan diserahkan kepada kerajaan.

Tetapi memandangkan pada masa itu, sebuah kem tentera berada di Batu 2, Jalan Kluang, iaitu di hadapan Kampung Parit Besar, maka kebanyakkan penduduk berpendapat sangat elok kiranya tapak sekolah itu dibina  berhampiran dengan kem tersebut dan menghadap ke Istana Hinggap Sultan Johor.


Akhirnya mereka sependapat sekolah akan didirikan di tempat tersebut iaitu bertentangan dengan kem tersebut dengan alasan di situ ada sekeping tanah kerajaan anugerah dari Sultan Johor dianggarkan mencukupi untuk didirikan sebuah bangunan sekolah. Dengan ini terbinalah sebuah sekolah di kawasan ini pada tahun 1921.

Bangunan sekolah ini terdiri daripada bangunan kayu beratapkan nipah. Luas bangunan ini ialah 30’ x 40’ dengan sebuah rumah guru. Bangunan ini dibuat secara gotong-royong oleh penduduk Kampung Parit Besar dan sekitarnya. Turut sama menyumbangkan tenaga dalam gotong royong ini ialah Askar Timbalan Setia Johor. Pada masa ini seramai 30 anak-anak tempatan telah mula bersekolah. Tenaga pengajarnya seramai 2 orang termasuk guru besarnya En. Harun Bin Hj. Asari.

Pada tahun 1934, bangunan yang sedia ada ini telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru. Bangunan kayu dan beratapkan asbestos berukuran 30’x90’ dengan sebuah bilik air dan 2 tandas. Dengan ini, nama sekolah juga telah ditukar daripada Sekolah Melayu Bukit Soga kepada Sekolah Umum Bukit Soga. Ramai murid pada masa itu telah meningkat kepada 62 orang yang umumnya antara 12  hingga 16 tahun.

Pada tahun 1960 sekali lagi sekolah ini telah diubah namanya kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Soga dengan murid seramai 200 orang dan 9 orang guru.





Pada tahun 1966, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga telah ditambah lagi dengan 2 buah bangunan baru berukuran 30’ x 130’ dan 30’ x 80’. Kemudahan lain turut diperoleh seperti kantin, 10 buah tandas murid, dan 2 buah tandas guru serta sebuah bilik air. Jumlah murid pada masa ini ialah 380 orang dan gurunya seramai 17 orang. Satu sejarah besar berlaku di sekolah ini iaitu Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Bukit Soga pada tanggal 7 Oktober 1968 oleh YB En. Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.

Pada tahun 1989 bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Soga telah ditambah lagi dengan 1 blok bangunan 2 tingkat lengkap dengan bilik-bilik keperluan lain, elektrik serta perabot. Di antara kelengkapan-kelengkapan yang diperolehi ialah 3 buah bilik darjah, 1 Pejabat dan bilik Guru Besar, 1 Bilik Pusat Sumber, 1 Bilik Tayang, 1 Bilik Sembahyang, 1 Bilik Pemulihan, tandas guru dan murid serta 1 Setor Buku Teks.

Bangunan ini dianugerahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, dibina oleh JKR Batu Pahat dengan arahan Jabatan Pelajaran Johor.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2019

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan buat  seluruh warga SK Bukit Soga, Batu Pahat tahniah dan syabas Ikhlas Daripada...